Friday 23 December 2011

Agar-agar lemak manis


Agar-agar lemak manis
Bahan2:
1/2 cawan agar-agar kering ( dibasuh lembut, toskan dan disukat dengan cawan)
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur 
1/2 cawan air pandan ( kalau ada )
sedikit pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan agar-agar cair.
2. Masukkan gula dan air pandan. Kacau hingga gula hancur.
3. Pukul telur dengan santan menggunakan garpu hingga sebati. Tutup api dapur. Masukkan campuran telur dan susu cair ke dalam periuk. Gaul sebati 1 minit.
4. Sediakan bekas atau acuan ,Tuang campuran agar-agar ke dalam acuan. Kacau seperti buat bulatan  supaya agar-agar rata. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.Agar-agar akan membentuk 2 lapisan selepas 5 minit.
5. Apabila agar-agar keras, bolehlah dipotong dan dihidang.


Jom tengok aksi ku didapur bersama anakku..
Antara bahan-bahan

Langkah pertama, masak agar2 sehingga cair
Langkah kedua, masuk gula pasir

Kemudian, masukkan pewarna hijau
setelah diletak pewarna
bancuh telur dan susu cair, kacau sebati
dipukul (kecil benor mangkoknye...)
Langkah ketiga, masukkan susu dan telor tadi ke dalam periuk

Setelah dimasukkan susu cair

Langkah keempat, tuang ke dalam bekas

Langkah kelima, masuk ke dalam peti ais untuk tujuan mengeras (10 mnt lebih kurang)

dah dikeraskan, ni lah hasilnye..

dah siap potong

siap untuk dimakan, terima kasih kepada arissa yg sudi menemani mamanye di dapur..

Selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2012 tentang kami. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates