Thursday 24 November 2011

Lobster masam manis

Gambar hasil masakkan saya, yg dimancing oleh suamiku...terbaekkk..

BAHAN-BAHAN:
2 ekor udang kara (lobster)
1 biji cili capsicum (kalau nak pedas guna cili padi beberapa tangkai..)
2 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 biji bawang besar-dihiris
2 cm halia-dihiris
2 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan nenas yg dipotong dadu ( ikut suka nak letak atau tak..)

BAHAN-BAHAN SOS:
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
1/2 sudu air tepung jagung
Air secukupnya 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
* Udang kara dibersihkan kemudian gaul bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak  setelah panas gorengkan udang kara dengan api yang sederhana, goreng selama beberapa minit,jangan lama sangat sebab isi udang cepat masak..

* Untuk membuat sos, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan kacau hingga terbit bau wangi . Masukkan cili capsicum atau cili padi dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos,garam dan gula jangan lupa secukup rasa, kacau lagi, last sekali masuk air tepung jagung bagi memekatkan lagi kuah, boleh tambah air sedikit kalau nak kuah lebih. Selepas  dah masak terus di tuang ke atas udang kara . Sedap di makan semasa panas-panas lagi ...yuummmm

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2012 tentang kami. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates