Sunday 25 December 2011

Kuih lapis



Kuih lapis

Bahan-bahan : 
 2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
8 cawan santan kurang pekat
1 sudu kecil garam
Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :
1. Adunan diatas perlu dikisar dengan blender, tidak termasuk pewarna.
2. Kisar sehingga adunan halus 
3. Setelah halus (lebih kurang seminit), tapiskan adunan
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (terpulang berapa jenis warna yg kita nak pakai)
5. Kemudian masukkan lapisan pertama dan kukus lebih kurang 2 minit
6. setelah lapisan pertama masak, masukkan adunan kedua dan seterusnya
7. setiap lapisan perlu dikukus lebih kurang 2 minit.
8.Setelah siap, boleh dihidangkan (tunggu sejuk baru potong)
Tips:
1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.
2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.
3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.

Selamat mencuba!!!

WAFFLE



WAFFLE

1 cawan tepung gandum 
150 ml susu segar atau susu tepung dicampur dgn air
1 biji telur 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar gula halus 
secubit garam 

Cara-cara 

1.Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan semua bahan2 lain dan pukul sehingga rata & kembang. 

2.Panaskan waffle maker, sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira 2     minit. 

3.Kalau takde waffle maker boleh juga dimasak dalam kuali, buatlah ape benda bentuk, rasa tetap sama..tak percaya cubalah!!!...



4. Lepas tu sapulah dengan peanut butter, coklat or ape2 jemlah...perhhh mantap!!..


Selamat Mencuba!!!

Kek Coklat Kukus


KEK COKLAT KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (dipukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu cair dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan sampai hangus)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu pekat ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, kacau perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Pesanan : Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Selamat Mencuba!!!

Kek Gula Hangus Kukus




KEK GULA HANGUS KUKUS

Bahan gula hangus:
2 cwn gula 
2 cwn air

Bahan diayak bersama:
2 cwn tepung gandum
2 s/t baking powder
2 s/t soda bikarbonat

:
2 s/b margerin – dicairkan
:
6 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis

Cara-cara:
1. Cairkan / hanguskan gula (keperangan), masukkan air – biarkan sejuk
2. Pukul telur hingga kembang
3. Masukkan susu pekat dan margerin – putar lagi
4. Masukkan tepung gandum, putar sekejap.
5. Kemudian masuk gula hangus dan putar.
6. Tapis adunan dalam loyang
7. Perap 3 jam. Kukus 1 jam.

Pesanan: loyang kek ditutup dengan aluminium foil bagi mengelakkan air kukusan masuk ke dalam kek atau boleh juga membalut tudung kukusan dgn kain.



Selamat Mencuba!!!

Friday 23 December 2011

Kek Batik

Bahan2 ( utk berat 1 kg )
200gm milo 
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
biskut marie secukupnya
Cara membuatnya
1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang,dan senang dipotong)
2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali…
3. Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
4. Seterusnya masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi….
5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman, potong dan siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!

Resepi Mee Kari Kerang



Resepi Mee Kari Kerang
Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) 
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball (belah dua)
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup (di kisar)
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di rebus dan ambil airnya )
5 cawan santan
2  keping asam keping
minyak
garam
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
Selamat mencuba!!!

Agar-agar lemak manis


Agar-agar lemak manis
Bahan2:
1/2 cawan agar-agar kering ( dibasuh lembut, toskan dan disukat dengan cawan)
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur 
1/2 cawan air pandan ( kalau ada )
sedikit pewarna hijau epal
Cara membuatnya:
1. Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan agar-agar cair.
2. Masukkan gula dan air pandan. Kacau hingga gula hancur.
3. Pukul telur dengan santan menggunakan garpu hingga sebati. Tutup api dapur. Masukkan campuran telur dan susu cair ke dalam periuk. Gaul sebati 1 minit.
4. Sediakan bekas atau acuan ,Tuang campuran agar-agar ke dalam acuan. Kacau seperti buat bulatan  supaya agar-agar rata. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.Agar-agar akan membentuk 2 lapisan selepas 5 minit.
5. Apabila agar-agar keras, bolehlah dipotong dan dihidang.


Jom tengok aksi ku didapur bersama anakku..
Antara bahan-bahan

Langkah pertama, masak agar2 sehingga cair
Langkah kedua, masuk gula pasir

Kemudian, masukkan pewarna hijau
setelah diletak pewarna
bancuh telur dan susu cair, kacau sebati
dipukul (kecil benor mangkoknye...)
Langkah ketiga, masukkan susu dan telor tadi ke dalam periuk

Setelah dimasukkan susu cair

Langkah keempat, tuang ke dalam bekas

Langkah kelima, masuk ke dalam peti ais untuk tujuan mengeras (10 mnt lebih kurang)

dah dikeraskan, ni lah hasilnye..

dah siap potong

siap untuk dimakan, terima kasih kepada arissa yg sudi menemani mamanye di dapur..

Selamat mencuba!!!

Thursday 22 December 2011

Picnic di Tanjung Balau



Bersantai di tanjung balau..
Mr Hubby
On the way ke tg.balau, macam biasalah..kami memilih jalan highway desaru, dah rase syok plak lalu highway..tak kiralah nak balik kampung ke,pergi bersantai ke..bak kata kalau menuju ke area sana, mesti nak lalu highway..maybe malas nak tempuh jem, jalan rosak and kederaan yg lembat dihadapan...hehhe..walaupun tol harga melambong iaitu rm8.20...and kami anak beranak suka view di jambatan atas laut tu..dah macam kat penang plak..
ala ala jambatan penang plak..
the kite''supermon & spidermon'' 
Bila tiba ke tempat yg dituju,..cari port yg sesuai, dah beria sangat arissa nak main layang2 tu, tetiba je hujan renyai..stoplah sekejap..nasib baik ujan tak berpanjangan..tapi memang sesuai sangat main layang2 time ni,..angin dia kuat betul..so memang tak susah nak naikkan layang tu..tapi kesian hubby, asyik tersangkut je layang2 kat pokok..


my princess
Anakku ni puaslah hati dia dapat main2 layang...selagi tak main, itu jelah yg die sebut,setiap kali nampak layang2..haa..hari ni lah bapak die ada masa layankan die..sukalah tu...


spidermon terbang


anak dan bapaknye..


bersama mami ''mak mertuaku..''
Dah lepas puas main layang2..kami pergi makan di medan selera,sebelah fruit farm desaru..


di dataran bandar penawar
Di malam hari plak..kami singgah ke bandar penawar yg terletak di sebelah desaru..


gambar terbaru saya..selamat berhijrah''-''
Haaa...ini lah gambar terbaru saya...

Saturday 3 December 2011

Resepi nugget ayam (khas untuk kanak2)





NUGGET AYAM

Bahan-bahan:
500gram isi ayam - dicincang/dikisar
1 cawan serbuk roti (breadcrumbs) 

sedikit lada sulah
garam secukup rasa
1-2 biji telur utk salut( kalau taknak pakai pun takpe)

Cara penyediaan :
1. Campurkan ayam yang dicincang halus (diblend) bersama garam dan lada sulah secukup rasa.

2.bentukkan nugget mengikut bentuk yg anda gemari, time nilah kite bekerjasama dengan anak...mesti mereka rasa seronok dgn aktiviti baru ni...
3. kemudian nugget tersebut dicelupkan dlm telur yg dah dipukul..(kalau taknak pakai telur,terus golekkan ke serbuk roti.
6. kemudian golekkan keatas serbuk roti
7. goreng dengan api perlahan..supaya tidak hangus dengan cepat.. 
8. sedap dimakan bersama cili/tomato sos dan coslow ..



selamat mencuba!!!


p/s : sesiapa yang dah cuba resepi ni, share lah kat sini ye...





 
Copyright 2012 tentang kami. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates