Sunday 25 December 2011

Kuih lapis



Kuih lapis

Bahan-bahan : 
 2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
8 cawan santan kurang pekat
1 sudu kecil garam
Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :
1. Adunan diatas perlu dikisar dengan blender, tidak termasuk pewarna.
2. Kisar sehingga adunan halus 
3. Setelah halus (lebih kurang seminit), tapiskan adunan
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (terpulang berapa jenis warna yg kita nak pakai)
5. Kemudian masukkan lapisan pertama dan kukus lebih kurang 2 minit
6. setelah lapisan pertama masak, masukkan adunan kedua dan seterusnya
7. setiap lapisan perlu dikukus lebih kurang 2 minit.
8.Setelah siap, boleh dihidangkan (tunggu sejuk baru potong)
Tips:
1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.
2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.
3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.

Selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2012 tentang kami. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates