Wednesday 9 November 2011

Tip untuk mata

Lingkaran hitam di bawah mata?? malu ke??cubalah petua ni insyallah..
Bahan :
Daun pudina segar
Cara :
Hancurkan/ditumbuk halus daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

Mata anda sembab?? cuba ni..

Bahan :
Ubi kentang (dihiris)
Cara :
Letakkan hirisan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit. Selepas beberapa minit akan terasa kesegarannya.


Mata nampak letih ?? ada cara untuk mengurangkannya..

Bahan :
2 uncang teh (x kira ape jenama)
Cara :
Celupkan sebentar 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2012 tentang kami. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates