Wednesday 9 November 2011

Tips melembutkan kulit badan



Petua menghaluskan kulit badan,dan menanggalkan daki di badan
Petua 1 
Bahan : daun sirih, beras
Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2 
Bahan :

Beras,kunyit hidup, asam jawa
Cara :
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Tumbuk 1 inci kunyit hidup sehingga hancur. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi dengan air asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2012 tentang kami. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates